BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2023 – SEMAK SEKARANG!
TERKINI! – Pada 24 Februari 2023 bersamaan hari Jumaat Perdana Menteri telah membentangkan belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.
Ia merupakan belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan.
Dalam pembentangan tersebut, terdapat pelbagai jenis bantuan dan inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun ini antaranya bantuan Lesen Memandu.
OBJEKTIF BANTUAN LESEN MEMANDU
Semasa pembentangan belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan bantuan lesen memandu kepada setiap lapisan rakyat Malaysia yang layak.
Tujuan utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu rakyat di negara ini khususnya golongan belia yang kurang berkemampuan untuk mengambil lesen memandu.
Dengan adanya bantuan ini, para belia khususnya yang ingin menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan penghantaran akan lebih terbuka luas, sekali gus dapat meransang pertumbuhan ekonomi domestik negara.
KATEGORI BANTUAN
Terdapat 4 kategori dalam pelaksanaan bantuan lesen memandu ini dan kerajaan telah bersetuju menanggung bayaran Ujian Memandu sahaja setakat ini. Kategori itu ialah :
- Lesen Motosikal kelas B2
- e-Hailing
- Teksi dan
- Bas
SYARAT KELAYAKAN
Memandangkan program bantuan ini baru sahaja diumumkan pada Jumaat lepas, syarat kelayakan permohonan akan diumumkan pada masa terdekat.
Apa yang kita harapkan, agar kerajaan akan mengutamakan golongan sasar iaitu B40 dalam melaksanakan bantuan ini.
CARA PERMOHONAN
Pihak Kerajaan akan mengeluarkan panduan permohonan bagi bantuan ini. Dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang, cara atau kaedah permohonan bantuan ini semestinya akan memudahkan para pemohon atau lebih tepat ‘mesra pengguna’.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai bantuan ujian lesen memandu 2023 ini juga boleh diikuti di facebook KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT)
Diharap kerajaan dapat mempercepatkan pelaksanaan bantuan lesen memandu ini demi membantu rakyat yang terjejas dan memerlukan.