PERMOHONAN RUMAH PPR SERENDAH RM160 SEBULAN – MOHON SEKARANG!
Kenaikan harga barang dan kos sara hidup sama ada di bandar dan di luar bandar akan terus menjadi cabaran sepanjang 2023.
Keadaan ini juga menjadi cabaran bagi sesebuah kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat yang terjejas demi kelangsungan hidup.
Menyedari akan keadaan ini kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan mewujudkan Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu rakyat yang terjejas.
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Jabatan Perumahan Negara merupakan agensi pelaksana utama bagi projek PPR di seluruh negara dan ianya di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
- PPR Disewa
- PPR Dimiliki
PPR DISEWA
Bagi program PPR Disewa ia telah dilancarkan sejak Februari 2002 dengan kadar yang rendah bagi membantu golongan sasar iaitu kadar anggaran sekitar :
- RM 160 – RM250
KEMUDAHAN PPR
- Dewan Masyarakat/ Bilik Komuniti
- Surau/Bilik Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
CIRI-CIRI RUMAH PPR
- Kawasan bandar-bandar besar
– Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat - Kawasan pinggir bandar
– Jenis rumah teres - Keluasan
– Tidak kurang daripada 700 kps - Binaan
– 3 bilik tidur
– 1 ruang tamu
– 1 ruang dapur
– 2 bilik air
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan PPR :
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
MAKLUMAT LANJUT
Permohonan bolehlah dibuat dengan melayari https://sprn.kpkt.gov.my/user/register untuk mendaftar sebagai pemohon.
Atau anda juga boleh layari https://teduh.kpkt.gov.my/