PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM 800 KINI DI BUKA – MOHON SEKARANG
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang mana pihak Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada pekebun kecil / penoreh getah bagi meringankan beban kewangan mereka.
Bantuan ini akan disalurkan sebanyak 4 fasa oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
TARIKH PERMOHONAN BMT
Tarikh rasmi permohonan dan pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh 2023 telah pun dibuka pada :
- 15 Jun 2023 – 15 September 2023
KADAR BANTUAN BMT
Kadar bantuan ini untuk tahun 2023, telah ditingkatkan berbanding kadar pada tahun sebelum ini iaitu :
RM 600- RM 800
TARIKH PEMBAYARAN BMT
Bagi tarikh pembayaran / pengagihan bantuan BMT pada 2023 ianya dilakukan dalam 4 fasa berbanding sebelum ini sebanyak 2 fasa.
Melihat kepada laman rasmi Belanjawan Madani 2023 bantuan ini akan disalurkan bermula pada :
- Fasa 1 – RM 200 (Nov, 2023)
- Fasa 2 – RM 200 (Dec, 2023)
- Fasa 3 – RM 200 (Jan, 2024)
- Fasa 4 – RM 200 (Feb, 2024)
SYARAT KELAYAKAN BMT
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi penoreh getah pemilik tanah atau pun bukan pemilik tanah yang memohon bantuan ini :
- Warganegara Malaysia.
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki / menoreh di lot berkeluasan 0.1 – 2.5 hektar.
- 1 lot untuk seorang penerima sahaja.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan ini dibuat.
CARA MEMOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat melalui :
- Portal Pekebun Kecil RISDA atau,
- Di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapatkan info lengkap bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sila klik pautan :
Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.