BANTUAN KEWANGAN STR FASA 3 MULA DIKREDITKAN PADA JULAI DEPAN
Seperti yang kita ketahui bahawa, pembayaran STR Fasa 1 telah pun diagihkan pada Januari dan bayaran STR Fasa 2 diagihkan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu pada awal bulan April.
Namun ada pihak mengatakan bahawa pembayaran STR Fasa 3 akan diagihkan sebelum menjelang Hari Raya Aidiladha. Benarkah kenyataan ini?
Baca selanjutnya.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023
Bantuan STR atau lebih dikenali Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan mereka
Ianya bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3
Seperti yang telah di maklumkan oleh pihak kerajaan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat melalui 4 fasa dalam setahun.
Bayaran bagi STR Fasa 1 & 2 telah pun dilaksanakan. Bagi fasa 3 pula, bayaran akan mula dilaksanakan pada :
- Fasa 3 – Julai 2023
(Semak jadual di bawah untuk jumlah bayaran STR fasa 3 pada julai nanti)
SEMAKAN STATUS STR FASA 3
SYARAT KELAYAKAN STR 2023
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH DAN KATEGORI PEMBAYARAN
Mengenai pembayaran bantuan STR Fasa 2, pembayaran ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :
ISI RUMAH TIADA HAD UMUR
Pendapatan Bulanan RM 0 – RM 2,500
- 0 Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 400
- 3-4 Anak – RM 600
- 5 Dan Lebih Anak – RM 800
- 0 Anak – RM 0
- 1-2 Anak – RM 150
- 3-4 Anak – RM 200
- 5 Dan Lebih Anak RM 250
WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS
- RM 200
BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)
- RM 150
INFO LANJUT
Sertai Channel Telegram Portal Semasa untuk lebih informasi dan lebih terkini mengenai Bantuan-bantuan Kerajaan dan Jawatan Kosong Terkini. Klik Pautan Ini “Portal Semasa“.