E-TUNAI BELIA RAHMAH RM 200 MULA DIKREDITKAN PADA BULAN INI
Khas kepada rakyat Malaysia golongan B40 dan M40 akan menerima bantuan kredit e-Dompet secara percuma.
Program e-dompet percuma ini dengan peruntukan RM400 juta yang memberi manfaat kepada 2 juta penerima yang layak.
Semak kelayakan anda.
E-TUNAI BELIA RAHMAH
Bantuan e-Tunai Belia Rahmah bertujuan memudahkan golongan belia membuat transaksi tanpa tunai dan usaha untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai di kalangan belia.
Ini bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.
JUMLAH BAYARAN
Dengan peruntukan RM400 Juta yang memberi manfaat kepada 2 juta belia berusia 18 – 20 tahun jumlah bayaran bagi Bantuan e-Tunai Belia Rahmah adalah :
- RM 200
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan bantuan e-Tunai Rahmah adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Golongan Belia berumur 18 – 20 Tahun
Namun pada 7 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim memberitahu bahawa bantuan ini akan diperluas kepada semua pelajar di universiti tanpa mengira usia pada program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sila Klik Pautan Dialog PM Bersama Mahasiswa UiTM untuk maklumat penuh.
CARA MENEBUS E-TUNAI
- Grabpay
- Shopeepay,
- Touch n Go ewallet dan
- Bigpay.
TARIKH BAYARAN
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan menjelaskan, pemberian bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada :
- Jun 2023
MAKLUMAT LANJUT
Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia. “PORTAL SEMASA“