BANTUAN KERAJAAN
BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM 350 UNTUK BELIA PADA JUN & JULAI INI
Khas kepada rakyat Malaysia yang bergelar mahasiswa/wi dan bujang akan menerima bantuan kewangan yang diberikan
Program yang disediakan oleh kerajaan untuk para belia negara yang akan dimanfaatkan oleh lebih dari 2 juta penerima yang layak.
Ikuti perkongsian selanjutnya.
2 JENIS BANTUAN KEWANGAN KEPADA PARA BELIA
- Bantuan e-Tunai Belia Rahmah – Merupakan langkah bijak yang kerajaan laksanakan dalam membantu golongan belia meringkan beban kos sara hidup yang turut meningkat di kampus. (Syarat kelayakan penerima 18 tahun ke atas yang bergelar mahasiswa/wi)
- STR Fasa 3 (Bujang) – Merupakan program yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat di bawah konsep Payung Rahmah yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak. (Syarat kelayakan 21 tahun ke atas)
JUMLAH & TARIKH BAYARAN
Dengan peruntukan yang telah dibentangkan pada Belanjawan Madani pada Februari lalu yang akan memberi manfaat kepada belia dan bujang Jumlah & Tarikh bayaran bagi Bantuan e-Tunai Belia Rahmah dan Sumbangan Tunai Rahmah adalah :
- RM 200 – Jun 2023 (e-Tunai Belia Rahmah)
- RM 150 – Julai 2023 (Sumbangan Tunai Rahmah)
ini menjadikan jumlah bantuan yang akan mereka terima sebanyak RM 350 untuk mereka yang layak menerima kedua-dua bantuan tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia. “PORTAL SEMASA“