PEMBERIAN BANTUAN E-DOMPET BERNILAI RM200 SECARA PERCUMA PADA JUN INI
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima bantuan kredit e-Dompet berjumlah RM200 secara percuma?
Program e-dompet percuma ini dengan peruntukan RM400 juta yang memberi manfaat kepada 2 juta penerima yang layak
Semak kelayakan anda.
BANTUAN E-DOMPET 2023
Bantuan ini merupakan langkah bijak yang kerajaan laksanakan dalam membantu golongan belia. Tujuannya adalah, bagi meringankan atau memudahkan golongan belia membuat transaksi tanpa tunai dan usaha untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Ini bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.
Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).
JUMLAH BAYARAN
Dengan peruntukan RM400 Juta yang memberi manfaat kepada 2 juta belia berusia 18 – 20 tahun jumlah bayaran bagi Bantuan e-Tunai Belia Rahmah adalah :
- RM 200
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan bantuan e-Tunai Rahmah adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Golongan Belia berumur 18 – 20 Tahun
Namun pada 7 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim memberitahu bahawa bantuan ini akan diperluas kepada semua pelajar di universiti tanpa mengira usia pada program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sila Klik Pautan Dialog PM Bersama Mahasiswa UiTM untuk maklumat penuh.
CARA MENEBUS E-TUNAI
- Grabpay
- Shopeepay,
- Touch n Go ewallet dan
- Bigpay.
TARIKH PERMOHONAN
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan menjelaskan, pemberian bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada bulan depan iaitu :
- Jun 2023.
MAKLUMAT LANJUT
Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan kepada rakyat Malaysia. “PORTAL SEMASA“